Perkara menarik Anugerah_MeleTOP_Era_2014

Sepanjang anugerah berlangsung, terdapat beberapa perkara dan adegan menarik yang sempat dirakamkan lensa kamera.

  • Pelakon Karl Shafek dan ikon fesyen, Wak Doyok merupakan antara selebriti pertama yang melalui karpet merah iaitu kira-kira jam 7.30 petang.
  • Acara Karpet MeleTOP yang dihoskan oleh Hanis Zalikha dan Aril turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen jam 9.00 malam.
  • Dato’ Hattan mencuri perhatian ramai apabila hadir di karpet merah bersama keluarga dengan mengenakan pakaian sedondon rekaan isterinya sendiri.
  • Tasha Shila turut menjadi tumpuan lensa kamera permaidani merah apabila hadir berpimpingan tangan dengan jejaka yang dikaitkannya, Hans yang juga merupakan seorang peninju Muay Thai.
  • Demam Maharaja Lawak Mega 2013 nampaknya masih belum berakhir apabila segenap Stadium Putra Bukit Jalil menyorak nama juara musim tersebut, Sepahtu kira-kira 15 minit sebelum acara siaran langsung bermula.